29 December 2014

SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG - IFA RAZIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA?



Meskipun dia digelar sebagai 'Diva Kekwat' dalam program Gegar Vaganza terbitan Astro, namun Ifa Raziah tetap berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir program tersebut yang akan berlangsung pada 4 Januari 2015.

Bagaimanapun, akibat batuk berterusan hampir sebulan, penyanyi tersebut yang disahkan mengalami jangkitan paru-paru atau pneumonia terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, penyakitnya itu turut menjejaskan sesi latihannya untuk persiapan ke program akhir Gegar Vaganza. Ini kerana, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, tidak dapat memastikan sama ada mampu pulih sepenuhnya untuk terlibat pada pertandingan akhir tersebut.





"Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza.

"Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Persoalannya, mungkinkah Ifa akan menarik diri daripada program tersebut? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Klik gambar untuk size besar






         ________________________




No comments: