30 December 2014

KONTRAK TIDAK DISAMBUNG - SHERRY & ZULIN TINGGALKAN MELODI



Rating jatuh bukan punca kontrak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz tidak disambung untuk Melodi musim 2015 oleh stesen televisyen TV3.

"Pihak pengurusan hanya mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama dalam rancangan tersebut, ini kerana kami masih peringkat perbincangan untuk memberi pengisian baru buat Melodi tahun 2015.

"Kedua-dua mereka sudah tamat kontrak pada Disember 2014 iaitu selama enam bulan sahaja dan ia tiada kena mengena dengan rating atau masalah disiplin sepanjang mereka bersama Melodi," ujar penerbit Melodi, Michelle Wee, 30, dipetik sebagai berkata.





Menurut Michelle lagi, rating Melodi masih sama seperti sebelumnya dan ia tetap hangat serta ditonton ramai peminat hiburan.

"Sepanjang mereka mengendalikan Melodi rating sama seperti sebelum ini iaitu ada naik dan turun. Tentang penonton suka dan tidak itu adalah perkara biasa bagi semua pengacara Melodi, ada yang suka ada yang tidak," tambahnya yang bakal membuat banyak pembaharuan bagi bersaing dengan rancangan hiburan lain pada tahun 2015.

Klik gambar untuk size besar


"Sekarang masih diperingkat perbincangan lagi dan yang pasti kita akan buat banyak perubahan dalam Melodi. Ia termasuk mengenai pengacara.

"Namun, buat masa ini Awal akan bergandingan dengan tetamu jemputan daripada kalangan artis yang dipilih sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.





         ________________________




No comments: