Setelah sekian lama berahsia mengenai suami dan hidup bermadu, tiba-tiba terbuka hati pelakon dan penerbit Zarina Zainuddin, 44, untuk memperkenalkan mereka kepada peminat. Namun begitu, tarikh pengenalan pada 31 Disember ini terpaksa ditangguh seketika kerana bencana banjir.
Untuk info, Zarina sudah 21 tahun hidup bermadu. Dia adalah isteri kedua kepada lelaki bergelar ahli perniagaan berusia 57 tahun berpangkat Datuk Seri yang sudah beristeri sejak 32 tahun lalu.
"Memang perancangan nak meraikan ulang tahun saya dan madu serentak termasuk mengadakan malam berinai. Bayangkan sudah banyak pihak yang mahu menaja.
Klik gambar untuk size besar
"Pelamin dari ZA_sanggul, Izzi Canopy, jurugambar Arieldmillan. Tapi tak elok pula nak bersuka ria di saat negara sedang berduka.
"InsyaAllah ada rezeki majlis ini akan berlangsung pada masa lain dan akan diumumkan kelak. Sayang tak buat kerana ramai yang mahu menaja," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada BH Online.
Dan sebagai menggantikan acara tersebut, Zarina memilih untuk mengadakan majlis tahlil dan solat hajat untuk mangsa banjir.
"Majlis ini akan diadakan lepas waktu Asar di lokasi yang sama iaitu di rumah saya di Subang Jaya pada 1 Januari," katanya.
Menjawab soalan lain mengenai kenapa baru sekarang mahu memperkenalkan suami sedangkan selama ini dia cukup berahsia, Zarina ada alasan tersendiri.
"Dek jarang memuat naik gambar suami di laman sosial dan hanya memuat naik gambar bersama anak saja, ramai pula yang fikir bukan bukan.
"Sampai satu tahap orang ingat saya sebenarnya janda. Biasalah bila tak pernah tayang suami di khalayak ramai, mulalah orang berteka teki.
"Lebih teruk apabila saya yang turut bekerjaya sebagai ahli perniagaan, ada pula lelaki yang mula ambil kesempatan dan menggatal. Yalah atas dasar kerja, saya beri nombor telefon bimbit tanpa prejudis," tambahnya yang mempunyai empat anak lelaki yang kian membesar.
"Saya pun sudah minta izin suami dan madu untuk mengadakan majlis berkenaan. Dulu di awalan perkahwinan biasalah kalau tak sebulu dengan madu.
"Tapi sekian lama saya dan madu sudah okey. Perlahan lahan saya cuba masuk hidupnya dan begitu juga dengan madu. Alhamdulillah saya tahu kedudukan saya sebagai isteri kedua.
"Kini hubungan dengan madu semakin baik termasuk keluarga masing masing," kata Zarina lagi.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment