04 January 2015

13 GAMBAR - HANEZ SURAYA SAH BERTUNANG DENGAN ROMIE



Akhirnya segala spekulasi mengenai Hanez Suraya dengan Romie Razin Adilha terjawab sudah. Seperti yang kami war-warkan, Hanez dan Romie selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka malam semalam.

"Ya... kami baru saja bertunang tadi. Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.

Dalam majlis tersebut, Hanez mengenakan busana berwarna putih dan Romie pula memakai baju berwarna merah muda dan berseluar jeans.

Klik gambar untuk size besar




Majlis tersebut diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez bertempat di Seremban, Negeri Sembilan. Ia dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan ini.

Dalam temubual lain, Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, menyifatkan tunangnya itu kini bersifat lebih romantik berbanding sebelum ini yang lebih beremosi.

"Sebelum kami putus pada Jun tahun lalu, dia seorang yang sangat beremosi. Saya faham kenapa sikapnya begitu memandangkan kes penceraiannya pun belum selesai dan ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kepadanya.

"Tetapi selepas dia melamar saya, makin romantik pula jadinya. Alhamdulillah, saya lihat dia pun lebih tenang berbanding sebelum ini," katanya.



"Saya sebenarnya terkejut, selepas majlis pertunangan kami, dia berani memberi kenyataan kepada media secara lantang dan tegas.

"Dia siap cakap, akan melindungi saya daripada segala isu yang akan timbul. Berbanding dengan sebelum ini, dia jarang nak 'buka mulut'.

"Tahun 2014 adalah tahun yang penuh dugaan dan saya mahu mulakan nafas baru pada tahun ini terutamanya dalam kerjaya seni.

"Alhamdulillah, saya sudah mula melihat peminat-peminat kembali menyokong saya. Moga perjalanan tahun 2015 lebih positif, InsyaAllah," tambahnya.

























         ________________________




No comments: