05 January 2015

GEGAR VAGANZA AKHIR - AYAI (ILLUSI) RANGKUL RM100,000



Penyanyi kumpulan Illusi yang pernah popular sekitar awal 90-an, Ayai diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, semalam.

Dengan kemenangan itu, Ayai berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM100,000 dan sebuah trofi.

Ternyata, lagu Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya (berduet dengan Rahmad) membawa tuah kepada Ayai. Ia sekaligus berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist.

Klik gambar untuk size besar




"Berada di peringkat akhir sudah membuatkan saya berasa syukur kerana mampu berada sehingga ke tahap ini.

"Saya pun tidak sangka boleh menang kerana saingannya hebat-hebat belaka. Moga kejayaan ini membuka ruang untuk kembali lebih aktif dalam industri muzik tempatan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Untuk info, Haleeda muncul naib juara di mana dia memenangi wang tunai RM30,000 beserta trofi. Sementara bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat pula meraih dua trofi iaitu memenangi tempat ketiga dan merangkul persembahan terbaik pada malam itu.

Seterusnya, Rahmad Mega memenangi tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000. Manakala Ifa Raziah menduduki tempat kelima membawa pulang RM5,000 dan Fazli Zainal berada di tempat keenam mendapat RM3,000.

Gegar Vaganza akhir turut diserikan dengan persembahan artis-artis jemputan seperti Black, Faizal Tahir, Spoon, New Boyz, Kristal, ratu dangdut Amelina dan raja pop Dato` Jamal Abdillah. Manakala artis yang tampil membuat penampilan khas ialah Hisyam Hamid, Man Kidal, Bocey, Anzalna, Yassin, Ebby Yus, Edry KRU, Altimet dan Awi Rafael.

Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha


Namun apa yang paling menarik pada malam itu ialah apabila Hairul Azreen tampil melamar Hanis Zalikha. Berikut adalah sedikit dailog lamaran itu. Hairul: "Will you marry me?" Hanis: "Inshaa Allah, thank you" Hairul: "Sorry?" Hanis: "Yes".

Sebagai makluman, hos bagi pentas akhir GegarVaganza ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Datuk Rosyam Nor dan Mamat Khalid tampil sebagai juri jemputan pada malam ini selain Dato` Khatijah Ibrahim dan Dato` Ramlis MS sebagai juri tetap.













         ________________________




No comments: