16 January 2015

AMELINA - BILA 'IKAN PULANG KE LUBUK'



Siapa sangka melalui gambar-gambar kandid yang kami rakam dan siarkan beberapa bulan lalu di Bangsar Shopping Centre (BSC), ia telah membuatkan nama Amelina kembali meletop dipersada seni.

Malah diusianya yang menjejak 40 tahun dan mempunyai enam orang cahaya mata, kehadiran kembali Amelina akhirnya diterima ramai apabila dia kembali merakamkan album dan dijemput ke sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen ‘Tekat’ di mana dia diberikan penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langkat bersama Sabhi Sadhi.

Difahamkan, bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan tersebut. Antaranya ialah Sultanah Terengganu, DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaher dari Negeri Sembilan termasuk para kenamaan serta selebriti terkenal tempatan yang menyaksikan ‘comeback’ Amelina.

Klik gambar untuk size besar - Foto majalah Nona




Malah baru-baru ini pula, Amelina dan juga Erra Fazira telah ditemukan semula setelah 15 tahun lamanya tidak berjumpa.

Dalam pertemuan anjuran Hlive itu, Amelina dilihat sebak dan menangis apabila melihat kehadiran Erra Fazira. Amelina sebelum ini dikatakan pernah cuba memasuki laman Instagram selebriti seperti Ziana Zain, Erra Fazira dan lain-lain, namun bimbang dirinya tidak diterima dan dipedulikannya.

Ini kerana, penyanyi dangdut itu sebelum ini pernah menghubungi rakan artis seangkatannya, tetapi menerima respon negatif. Perkembangan itu telah membuat Amelina fobia dan takut untuk menghubungi atau berjumpa dengan rakan-rakan lama, bimbang dia tidak dipedulikan.

Imbas kembali - gambar kandid yang kami rakam di BSC


Itu kisah lama Amelina, kisah yang akhirnya membawa kembali kegemilangannya setelah berpuluh tahun menghilang diri. Bak kata pepatah, Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

Nama Amelina terus menjadi sebutan peminat di mana lagu-lagunya kini kerap diputarkan di stesen radio dan TV. Terbaru,  wajahnya turut terpilih menghiasi muka hadapan Majalah Nona keluaran Januari 2015.

Ikhlasnya, kami gembira melihat perkembangan Amelina itu. Moga rezekinya akan bertambah lagi di tahun baru 2015 ini.

Erra dan Amelina bertemu setelah 15 tahun berpisah


Aksi Amelina dalam majalah Nona terbaru










         ________________________




No comments: