15 January 2015

DIANA RAFAR FAIL PENCERAIAN TERHADAP ZAMARUL HISHAM



Nampaknya, badai penceraian terus melanda rumah tangga artis kita di tahun baru 2015. Terkini, Diana Rafar telahpun memfailkan perceraian ke atas Zamarul Hisham sekitar jam 1.00 petang tadi di sebuah mahkamah di Shah Alam, Selangor.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," ujar Diana dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, ditanya oleh media mengenai perubahannya kini yang sudah mengenakan tudung, kata Diana di sebalik dugaan hidup yang dia lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, dia sedar ini semua ujian Tuhan untuk dia jadi lebih kuat.

 klik gambar untuk size besar




"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah," tambahnya.

Untuk info, Diana dan Zamarul mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.



         ________________________




No comments: