Dalam misi menyelongkar warisan dan tradisi unik dunia, episod Dunia Tersembunyi Sabtu ini (17 januari) di TV3 akan memaparkan khazanah bumi Sumatera, Indonesia yang pada asalnya merupakan sebuah simbolik, kini bersifat sebuah persembahan iaitu Tari Zapin Api.
Kru penggambaran Dunia Tersembunyi telah mengembara ke Pulau Rupat, Daerah Bengkalis, Riau, Sumatera, Indonesia demi menyaksikan keistimewaan tarian tersebut.
Diperkenalkan menerusi pedagang Arab pada abad ke-18, zapin mula berkembang sebagai seni rakyat sekitar tahun 60an. Seni yang pernah terkubur sekitar tahun 40an, kini muncul hasil inisiatif anak jati Pulau Rupat, Mohd Nor Yan Chik.
Klik gambar untuk size besar
Antara keunikan tari Zapin Api ini adalah hanya penari lelaki dibenarkan menarikan tarian ini kerana cabaran fizikal yang harus ditempuh. Selain memerlukan fizikal yang kuat, elemen kerasukan turut diterapkan dalam seni ini agar penari diberi ‘kekebalan’ ketika menarikan zapin di atas bara api.
“Sukar untuk difahami dan diterjemah apabila menyaksikan tubuh si penari tidak sedikit pun cedera ketika zapin ditarikan di atas api. Namun, terselit pantang larang yang harus dipatuhi si penari dan pengendali acara zapin api bagi mengelak sebarang musibah,” demikian menurut Penerbit Dunia Tersembunyi, Mohd Raziff Zulkafli (Ajieb).
Penduduk Pulau Rupat merupakan antara taburan pendudukan tamadun Melayu. Malah, kepulauan Riau sendiri sentiasa tertulis dalam sejarah kegemilangan Tamadun Melayu. Oleh itu, pertuturan harian komuniti Melayu di Pulau Rupat sebenarnya tidak ubah seperti orang melayu Melaka.
Jangan lupa menyaksikan keunikan seni penuh mistik ini, saksikannya secara eksklusif di TV3 kerana segalanya bakal dipertontonkan kepada anda menerusi episod Tari Zapin Api dalam Dunia Tersembunyi, esok, jam 11.00 malam.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment