07 January 2015

EMMA MAEMBONG MENGAKU PUTUS CINTA DENGAN ZIZAN



Tempoh hari, ada segelintir pihak yang ragu-ragu dengan gosip yang kami ketengahkan. Kata mereka, kami sengaja mengada-adakan cerita mengenai hubungan cinta Zizan Razak dan Emma Maembong yang putus di tengah jalan.

Terkini, Harian Metro sendiri mendapat pengesahan Emma melalui aplikasi Whatsapp.

"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham." jelasnya.





Meskipun Emma sudah mengaku, namun hingga kini belum ada respon daripada Zizan sendiri yang kemungkinan masih sedih dengan kehilangan Emma. Tambah-tambah, Zizan mempunyai banyak komitmen yang perlu diselesaikan berhubung kes saman.

Apa-apapun, ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka berdua selepas ini.




         ________________________




No comments: