07 January 2015

SAKSI: 9 TAHUN AWIE & ROZANA GUNA SURAT NIKAH PALSU



Surat nikah Awie & Rozana selama ini adalah palsu!

Demikian kata bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar semalam.

"Kami membuat dua semakan atas nombor MyKad Rozana sebelum mendapati nama wanita itu tiada dalam pangkalan data kami. Empat hari kemudian, kami menerima permohonan daripada Awie yang turut meminta semakan sama dengan memberi salinan sijil nikahnya"





"Hasil semakan itu mendapati nombor siri pada sijil nikah Awie dan Rozana tertera nama orang lain dalam pangkalan data e-Munakahat JHEAIPP," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh peguam syarie yang mewakili Rozana Misbun, Jamal Lokman Mohd. Sulaiman berhubung status sijil nikah pasangan itu ketika memberi keterangan di depan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak.



Sumber: Mstar


         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...