08 January 2015

PENDAPAT USTAZ ZUL HAMAT - LAMARAN HAIRUL UNTUK HANIS BOLEH PESONG AKIDAH



Masihkah anda ingat dengan isu lamaran Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha melalui pentas akhir Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria?

Ini adalah pendapat pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, yang menyifatkan cara Hairul melamar kekasihnya Hanis bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Lebih teruk,cara tersebut juga boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu sekiranya perhubungan tersebut mempunyai masalah satu hari nanti.





"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, trend muda-mudi ketika ini membuat lamaran terhadap pasangan masing-masing dengan cara diamalkan oleh bukan Islam amat bahaya.



Amalan "will you marry me" (sudikah anda mengahwini saya) sering dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini yang mana ia boleh menjadi ikutan kepada generasi akan datang.

"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

"Kalau dalam agama Islam... seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka," jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkefli berkata, daripada sudut pandangan lain, lamaran tersebut menggalakkan pasangan kekasih untuk 'membina masjid'.



Sumber: Mstar


         ________________________




No comments: