29 January 2015

ISU 'QARI' PEGANG KEPALA: "DIA SAUDARA SAYA" - NEELOFA



Setelah mendiamkan diri apabila teruk dihentam di laman sosial akibat isu kepalanya disentuh oleh seseorang yang dipercayai Qari, akhirnya pelakon dan pengacara, Neelofa tampil mempertahankan diri.

Sambil menyifatkan isu tersebut terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar, Neelofa mendakwa, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan. Mereka bertemu ketika dia hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

"Tindakan dia (Qari) memegang kepala saya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia secara spontan dan juga merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara dan bertanya khabar.

Klik gambar untuk size besar




"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebenarnya terjadi," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online.

Sementara itu mengenai gosipnya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu, Neelofa tetap enggan membuka mulut kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

"Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu," katanya yang ditemui media pada majlis pengumuman calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) di Hotel Double Tree by Hilton semalam.

My uncle taking this opportunity to ask Maulana 
for the blessing for the right one for me, insyaAllah..


Gambar yang disalahertikan




Neelofa ketika hadir di majlis AME semalam




         ________________________




No comments: