23 January 2015

KES VIDEO - ZAMANI MAAFKAN PERAKAM & TAK AMBIL TINDAKAN



Zamani yang kini ditahan atas dakwaan dadah meminta isu rakaman video nyanyiannya sambil bergari tidak dipanjangkan dan berkata dia sudah memaafkan individu terbabit.

Berikutan keputusan itu, abangnya, Zulfazil Ibrahim, 50, dan keluarga akur dengan permintaannya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.

"Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.

Zamani - Klik gambar untuk size besar




 "Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian," kata Zulfazil yang dipetik melalui Berita Harian.

Zulfazil ditemui media selepas melawat penyanyi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, siang tadi.

Terdahulu, peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, kes Zamani akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini.

Abang Zamani - Zulfazil Ibrahim (kiri) - foto BH


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez ingin menghulurkan bantuan berupa khidmat bantuan guaman untuk Zamani agar penyanyi itu mendapat pembelaan sewajarnya.

"Memang tidak patut berlaku, kalau kita lihat dia dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi. Saya rasa mungkin dia sendiri dalam keadaan terpaksa memandangkan tidak mahu menghadapi sebarang akibat kalau enggan menyanyi,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez




         ________________________




No comments: