28 January 2015

SEPI & MENAKUTKAN - 2009 TAHUN 'GELAP' ANUAR ZAIN



"Saya pernah mengalami zaman suram pada 2009 apabila karier nyanyian saya seolah sepi tanpa sebarang undangan. Ketika itu ia agak menakutkan hingga saya terfikir apakah diri saya ini masih diperlukan dalam industri ini atau tidak," demikian luahan Anuar Zain mengenai kehidupan sebagai anak seni yang menjadi rahsianya selama ini.

Menurut penyanyi itu lagi, akibat tiada undangan dan sebarang 'job', dia jadi buntu dan tidak tahu sama ada mahu meneruskan kerjaya dalam bidang seni atau tidak.

"Akibatnya, saya pernah rasa nak berhenti menyanyi dan mahu buat sesuatu yang lain. Namun entah kenapa, benda lain yang saya cuba lakukan itu juga tidak menjadi.

Klik gambar untuk size besar




"Setahun jugalah saya tidak ke mana-mana dan terus bersabar. Meskipun rasa gementar, tetapi keyakinan saya pada industri tetap ada. Alhamdulillah... akhirnya pada 2011 rezeki saya kembali memuncak apabila jemputan datang mencurah-curah dan berjaya pula membuat konsert besar pada 2013," ujarnya.

Mengenai ramai artis, komposer atau selebriti yang menceburi program realiti sebagai pengetua ataupun portege bagi menambah pendapatan, menurut Anuar dia tidak berminat mencampuradukkan karier nyanyiannya dengan program seperti itu.

"Memang banyak jemputan... namun semuanya saya tolak secara baik.

"Saya lebih senang menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian demi memberikan yang terbaik buat peminat saya. Bukan apa, saya tidak mahu terikat dengan program realiti hingga menjejaskan karier sebagai penyanyi," jelasnya.




Untuk info, Anuar ditemui ketika pra tonton dan pelancaran album istimewa Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert yang berlangsung di pawagam TGV One Utama semalam.

Pada majlis tersebut, konsert yang dijayakannya pada 16 Februari 2013 telah diabadikan ke dalam sebuah buku istimewa, CD, VCD dan DVD. Paling menarik, konsert yang mencipta sejarah tersendiri itu juga akan ditayangkan secara eksklusif sebanyak dua slot di TGV One Utama pada 15 Februari 2015 ini.

Tiket-tiket boleh didapati di TGV mulai sekarang dengan harga biasa sebagaimana menonton filem.





















GAMBAR LAIN:
KLIK DI SINI



         ________________________




No comments: