15 January 2015

URI BAWAH RAHIM & PENDARAHAN - NURUL WAHAB MASUK WAD KECEMASAN



"Takut… Mana tak takutnya… Uri ke bawah ni, macam-macam hal boleh jadi," begitulah kata Nurul Wahab atau lebih mesra dengan panggilan Nurul Deep.

Meskipun tarikh kelahiran bayi keduanya bersama Eric Deep pada Februari, namun masalah pendarahan disebabkan uri berada di bawah rahim menyebabkan dia terpaksa berkejar ke hospital seorang diri Ahad lalu.

"Okay tak nak fikir pasal macam-macam hal yang negatif tu. Apa yang aku tahu sekarang ni, selawat banyak, dok baca/dengar surah yassin dan berdoa banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan dan memberi pengakhiran yang baik-baik sahaja selepas segalanya selesai nanti," tulis Nurul yang dinasihati doktor agar berehat secukupnya.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, suaminya Eric awalnya agak sibuk di Orissa, India dan sengaja tidak dimaklumkan oleh Nurul kerana bimbang hilang kosentrasi bekerja. Hanya selepas kerjanya selesai, barulah dia dimaklumkan perkara tersebut sekaligus membuat Eric bergegas pulang.

"Bila Eric dapat tahu, apa lagi… Dia risaulah. Dari mesej pesanan suaranya, memang dia tak terkata apa kerana terlalu risau dan fikir bagaimana keadaan aku. Aku baru memasuki 34 minggu," ujar Nurul dipetik melalui blognya.

Tambah Nurul, apabila dia bangun setiap pagi dia rasa penuh kesyukuran kerana ada lagi nyawa dan dapat melihat betapa indahnya langit biru ciptaanNya. Ada banyak masa untuk dia berfikir, meneliti dan melihat segalanya. Yang penting adalah rasa bersyukur di atas setiap yang telah diberikannya selama ini.

Heartbeats..... his and mine - Nurul


"Baby R nampaknya macam tak sabar nak menjengah dan melihat dunia," tulis Nurul lagi seolah memberi pembayang yang kandungannya mungkin akan lahir bila-bila masa.

Harapan kita, moga Nurul diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menahan ujian tersebut. Selain itu, ayuh kita doakan moga Nurul selamat melahirkan bayinya nanti dengan selamat dan sihat hendaknya, Amin.





         ________________________




No comments: