06 February 2015

12 GAMBAR: APA RUNNING MAN? - AZWAN ALI



Pengacara Azwan Hj Ali menafikan program realiti terbaru berjudul 'Lari' yang disertainya adalah berasaskan program popular Korea iaitu 'Running Man'.

"Apa Running Man?? Apa tu, itu mereka yang cakap bukan saya, tapi saya tetap yakin program ini mantap," kata Azwan.

Malah Azwan juga enggan mendedahkan nama program tersebut dan tidak mahu mengulas lanjut di stesen manakah ia bakal disiarkan nanti.

Klik gambar utuk size besar




"Paling utama yang saya ingin tegaskan di sini, walaupun saya dicaci, dihina dan diherdik dengan pelbagai persepsi negatif, program realiti terbaru ini membuktikan Azwan Ali masih lagi berbisa," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Murai baru-baru ini.

Bagaimanapun, tak payah sorok-sorok sangatlah Azwan. Ini kerana menerusi IG Arja Lee, pelakon itu ada menulis: "LARI @tv9malaysia . This is Hunting Game . This is LARI . New Game Show . Coming soon."

























         ________________________




No comments: