27 February 2015

AKUR NASIHAT DOKTOR - HAFIZ SUIP HARUS TERIMA RAWATAN SETAHUN



"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," ujar Hafiz Suip dengan nada sedih.

Untuk makluman, Hafiz terpaksa akur nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di hospital akibat kecederaan tulang belakang (slipped disc) baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar




"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan," tambahnya.






Sumber: mStar Online


         ________________________




No comments: