26 February 2015

TAK PAKSA PELUK ISLAM - CINTA AKIM & STACY DAPAT RESTU KELUARGA



"Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

"Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri," ujar Akim Ahmad mengenai Stacy selepas dia membuat pengakuan baru-baru ini bahawa penyanyi tersebut adalah kekasih hatinya.

"Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

Klik gambar untuk size besar




"Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah," kata Akim sambil menjelaskan sepanjang berkawan dengan Stacy, wanita berkenaan sangat meminati Islam.

Menurut Akim lagi, dia berani membuat pendedahan cintanya itu selepas hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga wanita berkenaan.

"Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif dan tiada halangan untuk kami meneruskan percintaan ini sekaligus mendedahkannya kepada umum selepas tiga tahun kami berkawan.



"Restu daripada mereka juga membuatkan kami berani untuk terbuka dalam soal tersebut biarpun sebelum ini kami lebih berhati-hati," jelasnya.

Bagaimanapun, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, belum merancang untuk menamatkan zaman solo buat masa terdekat. Namun pada tahap ini, keluarga kedua-dua belah pihak tidak mempunyai halangan sekiranya mereka ingin berkahwin.

"Belum sampai seru lagi dan Insya-Allah jika ada jodoh antara kami berdua pasti akan diberitahu kepada semua.

"Keluarga pun sudah beri restu, tinggal lagi kami belum merancang ke arah tersebut," tambahnya dipetik sebagai berkata melalui MStar.





         ________________________




No comments: