25 February 2015

UJIAN ALLAH PUNCA LUFYA KINI BERTUDUNG



"Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung," begitulah luahan hati Lufya Omar yang kini bertudung secara kekal selepas menyambut ulangtahunnya yang ke-30.

Tambahnya, awalnya dia rasa takut dengan kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi berkat dorongan dan nasihat ibunya, dia akhirnya mendapat kenyakinan diri.

"Tiada siapa yang tahu, sebenarnya Lufya telah ditimpa dengan pelbagai ujian termasuk kesakitan secara tiba-tiba dalam perjalanan memenuhi tuntutan agama Islam sejak Disember tahun lalu.





"Pada satu tahap ketika 'kesakitan' itu menguasai diri, saya jadi lemah. Usaha itu dan ini juga bagaikan tak mampu untuk melawan ‘kesakitan’ berkenaan. Saya pernah jatuh pengsan ketika di lokasi penggambaran.

"Dalam tiga hari, saya turun berat badan hingga 10 kilogram. Tapi saya percaya apa yang terjadi ini umpama ujian Allah untuk saya jadi lebih kuat," cerita Lufya.








Sumber: BH




         ________________________




No comments: