Berita sedih buat peminat sukan negara. Datuk Hasbullah Awang yang terkenal dengan celotehnya sebagai pengulas sukan paling sensasi meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari tadi.
Untuk info, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sendiri telah menyampaikan berita sedih tersebut melalui laman sosialnya.
Klik gambar untuk size besar

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam, Selangor petang ini dan akan disemadikan selepas Asar atau pagi esok.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment