12 February 2015

LEPAS MENANG MLM 2014 - SYAIFUL ZERO TANGGUH KAHWIN



Mahu fokus pada kerja!

Itulah alasan Syaiful Zero mengenai penangguhan majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada pertengahan bulan Februari ini.

"Perkahwinan tersebut ditunda kepada satu tarikh lain kerana saya mahu fokus kepada kerjaya bersama dua adik saya iaitu Sharif dan Atu," ujarnya.

Klik gambar untuk size besar




Syaiful yang popular dengan nama lawaknya Melati menambah, dia bersama adik-adiknya terlebih dahulu mahu membaiki rumah mereka di Kudat dan kemudian membawa ibu mereka menunaikan fardhu haji di Mekah.

"Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

"Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu… Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu," ujar Syaiful dipetik sebagai berkata.


Sumber: Astrogempak


         ________________________




No comments: