28 February 2015

ANDRASHAH IMAN, NAMA ANAK KEDUA TOMOK



Tahniah diucapkan buat Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan dan isterinya, Siti Rahayu Abas atas kelahiran bayi lelaki keduanya mereka yang lahir sekitar jam 1.34 petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana kali ini segala-segalanya berjalan lebih lancar kerana mempunyai pengalaman daripada kelahiran Arrian dulu.

"Jadi saya dah bersedia dari segi barang persiapan bersalin isteri serta doktor juga telah memberikan tarikh jangkaan bersalin pada Jumaat lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Isteri saya dimasukkan ke hospital pada Khamis namun sakit bersalin mula terasa jam 10 pagi. Saya berada di samping isteri sepanjang tempoh itu dan lebih kurang jam 1.34 tengah hari, bayi telah selamat dilahirkan," ujar Tomok dipetik sebagai berkata.

Bayi yang diberi nama Andrashah Iman ini dilahirkan secara normal dengan berat 3.33 kilogram.
























         ________________________




No comments: