27 March 2015

8 GAMBAR - ANUGERAH SANDANG KEBESARAN GAYONG UNTUK AWIE



Vokalis kumpulan Wings, Awie bukan hanya hebat sebagai penyanyi rock dan pelakon, tetapi dalam masa yang sama turut aktif dalam seni silat. Sehubungan itu, dia telah dianugerahkan 'Sandang Kebesaran Gayong' yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anugerah tersebut telah berlangsung di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar




"Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,"

"Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat," ujar Awie dipetik sebagai berkata.

















         ________________________




No comments: