06 March 2015

ALHAMDULILLAH - ROZITA CHE WAN KINI BERHIJAB KEKAL



Akhirnya pelakon dan pengacara terkenal Rozita Che Wan (Che Ta) yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin, semalam mengambil keputusan untuk berhijab kekal.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pengurus Che Ta iaitu Afeeq Abdul Wahab menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.

"Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah," ujar Afeeq dipetik sebagai berkata.

Tambah pengurus itu, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baru pengacara Primadona itu.

Tahniah diucapkan buat Che Ta!







         ________________________




No comments: