06 March 2015

NIKAH 14 MAC DI KEDAH - FAD BOCEY PILIH PELAJAR



Seorang pelajar berusia 21 tahun merupakan pilihan pelawak Fad Bocey, 24, apabila mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 14 Mac ini. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nur Syahirah A.Rahman, merupakan adik angkat kepada pelawak Jihan Musa.

"Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

Kursus kahwin - klik gambar untuk size besar




"Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya," ujar Fad yang turut memberitahu majlis resepsinya pula akan diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 23 Mei depan.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, jelas pelawak itu, mereka berkenalan sejak 2013 ketika dia menyertai pertandingan Maharaja Lawak.

"Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani kakak angkatnya Jihan Musa dan daripada situ saya sudah mula terpikat.



"Namun, proses berkenalan itu agak susah juga kerana dia seorang yang sukar untuk didekati sehinggalah saya beberapa kali berusaha menawan hatinya dan melamar dia pada hari jadinya 21 Oktober tahun lalu.

"Kami bercinta baru sahaja lima bulan bercinta tetapi ketika mula dia terima, saya terus fikir untuk berkahwin segera.



"Lepas jumpa ibu bapa dia di Kedah, mereka juga merestui hubungan kami dan menggalakkan kami untuk berkahwin," ujarnya yang percaya kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah diusia muda.

"Saya sudah berjauhan dengan keluarga saya di Johor, jadi kalau boleh saya mahu ada orang yang menjaga makan dan minum saya di sini.

"Malah, saya lihat kehidupan orang berkeluarga ini nampak lebih baik dan teratur seperti Achey dan isterinya," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada MStar.

















         ________________________




No comments: