21 March 2015

ELFIRA LOY AKUI BAIM WONG BERNIAT MEMPERISTERIKANNYA



Walaupun tidak dihebahkan, namun ramai peminat sudah tahu bahawa Elfira loy, 21, dan Baim Wong sudah lima tahun bercinta. Bagaimanapun, masing-masing masih menyimpan rahsia tersebut demi menjaga hati ramai pihak.

Terkini, tiba-tiba Elfira memberi bayangan bahawa Baim memang berniat mahu membawa hubungan mereka keperingkat seterusnya atau lebih jelas lagi... mahu memperisterikannya.

"Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.

Klik gambar untuk size besar




"Biar mungkin orang melihat hubungan kami seperti di tahap bercinta, saya boleh katakan dia hanya sekadar kawan rapat saja pada tahap sekarang. Saya ini memang jenis manusia dan wanita yang susah nak bercinta sebenarnya.

"Mungkin orang agak saya ini konservatif. Tak kisahlah. Tapi saya lihat dia (Baim) ini nak kenal saya melalui keluarga terutama ibu. Saya sedar dia ada niat baik untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sejauh mana itu, semua ketentuan dan rezeki-Nya," jelasnya.

"Saya dan Baim selama ini selesa mengkelaskan hubungan kami pada tahap kawan rapat sahaja. Cuma saya akui media di negara kelahiran Baim agak daring sehingga membuatkan seolah-olah kami bercinta.



"Hubungan kami hanya dibesar-besarkan oleh orang lain yang ingin melihat kami bersama sebagai kekasih dan seterusnya berkahwin. Ia jadi spekulasi sehingga mewujudkan plot cerita sebaliknya.

"Saya faham golongan peminat ini sentiasa mendoakan yang baik untuk artis kesayangan mereka. Selalunya apa yang peminat suka itulah yang sering didoakan. Kami juga manusia biasa yang memerlukan ruang tersendiri dalam memikirkan apa saja perkara termasuk soal hati.

"Saya pun masih muda lagi. Soal kahwin ini bukan perkara mainan. Perasaan betul atau tidak kami mempunyai hubungan istimewa itu hanya kami sahaja yang tahu. Contoh bagaimana saya ambil masa untuk bertudung selepas sekian lama berniat di dalam hati," tambah Elfira dipetik sebagai berkata kepada BH Online.



         ________________________




No comments: