20 March 2015

SIDANG AKHBAR RABU INI - LANA NORDIN BAKAL NIKAH MAT SALLEH?



Mungkin disebabkan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia', Lana Nodin sering mendapat perhatian jejaka macho terutamanya mat salleh.

Terbaru, sidang akhbar yang bakal dibuatnya oleh Lana di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada rabu bagi mengumumkan tarikh kahwin dan siapa bakal suaminya seolah sudah pecah tembelang!

Sumber memberitahu bahawa jejaka yang berjaya menambat hati Lana itu ialah David McKienzie, seorang atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012. Malah jejaka itu juga kini menjadi coach untuk sebuah kelab bola tampar, American Volleyball Academy yang berpusat di Singapura.

Klik gambar untuk size besar




Meskipun Lana memberitahu bahawa majlis sidang media itu adalah untuk mendedahkan rahsia dan memberi kejutan pada media, namun beberapa teka-tekinya bagai sudah terjawab.

"Datang saja sidang media itu nanti, saya akan jelaskan segala-galanya," ujar Lana.









         ________________________




No comments: