22 March 2015

KAHWIN 5 JUN - HANIS ZALIKHA & HAIRUL SELAMAT BERTUNANG



"Awak sudah jadi tunang saya Hanis Zalikha," tulis Hairul Azreen di laman IGnya.

Hairul telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan kekasih hatinya Hanis Zalikha semalam.

"3 bulan saya rancang untuk melamar awak di Gegar Vaganza, 3 bulan kemudian iaitu hari ini kita bertunang dan InsyaAllah lagi 3 bulan kita nikah. Doa untuk kami wahai penyokong setia Hairul & Hanis amin," tambah Hairul.

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, di majlis tersebut Hairul tidak hadir sebagaimana pertunangan artis lain sebelum ini. Dia hanya mewakilkan rombongan keluarganya sahaja untuk 'mengikat' dan menyarungkan cincin ke jari Hanis.

Difahamkan, tarikh nikah mereka berdua ialah pada 5 Jun 2015, manakala majlis persandingan pula akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 14 Jun.





















         ________________________




No comments: