Seorang penyanyi lelaki yang pernah popular pada awal 90-an ditahan polis malam tadi selepas ujian air kencing terhadapnya positif dadah jenis Amphetamine.
Beberapa pembayang yang diberi dilihat menjurus kepada Mamat (Exist) yang dikatakan pernah mendapat tempat ketiga sebuah program realiti.
Untuk makluman, Harian Metro hari ini melaporkan seorang penyanyi lelaki telah ditahan polis pada pukul 9 malam semalam selepas ujian air kencing positif dadah.
Klik gambar untuk size besar

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penyanyi terbabit ditahan di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang.
Suspek telah ditahan reman bersama dua wanita dan dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.


________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment