25 March 2015

TAHNIAH - AJAK SHIRO DAPAT ANAK KETIGA



"Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah... Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan saya seorang anak perempuan.

"Lagi satu saya nak bagi tahu.. wife saya bagi hadiah ni pada hari yang sama.. Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal. Terima kasih pada semuanya.. Alhamdulillah," begitulah tulis Ajak Shiro melalui IGnya.

Apa yang yang dimaksudkan oleh Ajak, bayi perempuannya itu sama tarikh lahir dengan dua lagi abangnya Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif iaitu pada 25 Mac 2010 dan 2013.

Klik gambar untuk size besar




"Saya cuma nak berkongsi perasaan ikhlas saya bila saya tengok wajah dia (isteri). Dia minta nak baring atas peha.. Katanya lebih selesa. Saya sedih sangat rasa bila tengok muka isteri saya macam ni," kata Ajak beberapa jam sebelum isterinya bersalin.

Apa-apapun... tahniah diucapkan kerana menjadi suami yang prihatin!



Isteri Ajak Shiro sebelum bersalin




         ________________________




No comments: