25 March 2015

TIDAK MEROKOK & MINUM ARAK BUAT LANA NODIN TERPIKAT DENGAN DAVID



"Walaupun dia seorang lelaki Inggeris, dia tidak merokok dan minum arak. Itu antara ciri yang memikat saya," demikian kata Lana Nodin mengenai bakal suaminya David Mckienzie.

Lana ditemui media ketika mengumumkan tarikh perkahwinannya iaitu pada 15 Mei depan dalam satu sidang media hari ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Tambah Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, David berjaya membuka pintu hatinya kerana kesungguhan lelaki tersebut ketika dia mengenalinya di Singapura sewaktu menyertai sebuah acara sukan.





"Dua hari berkenalan, David terus menghubungi saya dan memberitahu keinginannya untuk berkawan lebih rapat.

"Masa itu saya terus beritahu kepada David saya mahu mencari teman serius dan dia telah buktikan," ujar Lana dipetik sebagai berkata.

"Sebenarnya David ni seorang lelaki yang jujur, berterus-terang dan lurus bendul.

"David juga memiliki ciri-ciri lelaki Asia kerana ibunya berbangsa Fillipina dan yang paling menyenangkan David sudah biasa dengan makanan Asia," jelas Lana lagi.









         ________________________




No comments: