26 April 2015

18 GAMBAR - SAM BUNKFACE KINI SAH SUAMI AIDA AZIRA



Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, sekitar jam 9.24 pagi semalam.

Dengan berwalikan abang kandung Aida, Azree Husin, mereka telah dinikahkan dengan hanya sekali lafaz oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung.

Klik gambar untuk size besar




Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

Manakala mas kahwin pula, Aida telah menerima wang berjumlah RM1,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan itu telah dihadiri seramai 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Untuk rekod, Sam dan Aida mengikat tali pertunangan mereka pada 6 Oktober 2014.

Tahniah diucapkan!






































         ________________________




No comments: