17 April 2015

3 GAMBAR - BILA REMY ISHAK BERASMARA DALAM AIR



"Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya," demikian jelas Remy Ishak mengenai babak panas dalam filem Pilot Cafe.

Untuk makluman, dalam babak tersebut juga, Remy dan Izara telah berbaring berduaan di atas batu di pantai sambil dilanda ombak sebelum berpelukan di dalam air.

"Sebelum buat babak itu saya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

"Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.





"Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.

"Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu," ujarnya ketika ditemui media ditayangan filem tersebut.



Pilot Cafe turut diterajui barisan pelakon hebat lain seperti Fahrin Ahmad, Neelofa, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Aishah Ilyas, Ainuk Aishah dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air mulai 30 April ini.





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...