17 April 2015

HANS ISAAC AKUI PUNYAI KEKASIH BARU DEPAN NEELOFA



Akhirnya, Hans Isaac mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang bagi menggantikan bekas kekasihnya Neelofa. Bagaimanapun, dia tidak ingin mendedahkan identiti teman wanitanya itu buat masa ini bagi mengelakkan gosip liar.

"Saya sedang mengenali seseorang. Itu saja yang saya boleh katakan selebihnya saya tidak mahu dedahkan.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu lagi terlalu berkongsi mengenai hubungan cinta. Saya tidak berbohong dan benar saya sedang kenali seseorang," ujarnya ketika hadir dalam program Meletop terbikan Astro.

Klik gambar untuk size besar




Apa yang lucu, dalam program itu juga, dia bertentang mata kembali dengan bekas kekasihnya Neelofa dan mengaku merasa janggal.

"Sepanjang temubual, saya selesa cuma mungkin saya nampak seperti mengelak daripada memandang dia kerana setiap kali saya pandangnya, tak semena-mena saya rasa mahu ketawa.

"Itu bukan kali pertama saya berjumpa dengan dia sebab sebelum ini kami pernah juga berjumpa dan masih sebagai sahabat.

"Lagipun, sebenarnya saya mahu mengelak daripada jadi bahan usikan Nabil sebab saya dapat rasa Nabil dan teman lain yang ada di situ ketika itu mesti cari peluang nak mengusik kami," tambah Hans berseloroh.

Tahniah Hans!










         ________________________




No comments: