19 April 2015

35 GAMBAR - RUMAH TANGGA PULIH, YATT HAMZAH BUAT MAJLIS KESYUKURAN



Yatt Hamzah sekeluarga telah mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun keenam perkahwinannya, sambutan hari lahirnya dan anaknya, Suci Hanania Malika, 5, yang bertempat di Casa Club, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Seperti yang kita sedia maklum, Yatt sebelum 24 Februari lalu pernah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur... namun hatinya terbuka kembali untuk bersama suaminya apabila membuat lawatan ke Syria tidak lama dulu.

"Saya enggan menoleh dan mengulas kisah lalu kerana berpendapat pergolakan rumah tangga sudah pulih.

Klik gambar untuk size besar




"Sehari selepas saya memfailkan perceraian, saya dan suami telah berlepas ke Syria selama 10 hari. Alhamdulillah kami berdua muhasabah diri dan diberikan cinta yang baharu. Keperitan hidup masyarakat di sana sedikit sebanyak membuka mata saya, yang mana kebanyakan wanita bergelar ibu tunggal bukan kerana bercerai tetapi kematian suami.

"Banyak yang saya belajar sepanjang berada di sana dan muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik. Pengalaman menjejakkan kaki ke sana tanpa jaminan hidup memberi semangat untuk mengajar banyak perkara," ujar Yatt dipetik sebagai berkata.

"Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Saya ingin tutup buku kisah pergolakan rumah tangga kami serta saya sedar hanya dia lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya," jelasnya.








































































         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...