20 April 2015

KENA TUMBUK - AMAR BAHARIN MASUK HOSPITAL PAKAR RAWANG



"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit," ujar Amar Baharin yang cedera di bahagian kening gara-gara ditumbuk.

Untuk info, ketika itu (semalam) dia sedang menjalani penggambaran drama 'Jalan Cinta Ke Syurga' di Rawang, Selangor.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya yang tidak sempat mengelak tumbukan pelakon baru disebabkan terkeliru.

Klik gambar untuk size besar




"Bagaimanapun, saya meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah saya selesai menjalani penggambaran drama. Ia adalah atas arahan Rashid Sibir.

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih," tambahnya dipetik sebagai berkata melalui Mstar.







         ________________________




No comments: