08 April 2015

BAKAL TUNAI UMRAH - HANEZ SURAYA INGIN 'CUCI TANGAN'



Jika sebelum ini, kami ada menyiarkan gambar kemesraan Hanez Suraya bersama anak tirinya, terkini Hanez memaklumkan yang dia bersama suaminya, Romie Razin Adilha bakal mengerjakan ibadah umrah pada pertengahan bulan April ini.

Difahamkan, anak sulung suaminya dan rakan rapat mereka turut dibawa bersama.

"Insha Allah pada pertengahan bulan ini saya akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Cuma masih menunggu visa sahaja. Apabila visa sudah siap, saya akan mengikuti kursus yang disediakan untuk menunaikan umrah. Umrah ini saya nak beribadah.

Klik gambar untuk size besar




"Nak cuci tangan daripada segala apa yang pernah dilakukan dan minta dengan Tuhan semoga sentiasa diberikan ketenangan dan rezeki dalam menempuh kehidupan seharian. Saya akan ke sana membawa anak sulung Romie, dan rakan rapat kami," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.

Mengenai perkembangan kariernya pula, Hanez berkata yang dia tetap akan meneruskan kerjaya seninya sebagai pelakon tetapi akan berbincang terlebih dahulu dengan suami sebelum menandatangani apa-apa sahaja kontrak.

"Buat masa sekarang ada yang menawarkan untuk berlakon tetapi saya kena bincang dengan Romie terlebih dahulu dan mestilah tengok apa watak yang diberikan itu," jelasnya.






         ________________________




No comments: