02 April 2015

DAKWAAN DERAAN SEKSUAL - BEKAS PENGURUS TEGAR DITAHAN POLIS



Setelah membuat laporan kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak Indonesia, termasuk laporan polis di Singapura pada selasa lalu, bekas pengurus Tegar Septian, 13, iaitu Arif Dollah, 29, telah ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa Singapura semalam.

Untuk makluman, penangkapan Arif itu telah disahkan oleh pihak polis dan siasatan terhadap suspek yang juga rakyat Singapura telah dilakukan.

Terdahulu, Arif telah didakwa oleh Tegar melakukan penderaan seksual terhadapnya ketika dia masih menjadi pengurus penyanyi itu.

Klik gambar untuk size besar




"Laporan berkenaan lambat dilakukan sedangkan kes berkenaan dikatakan sudah berlaku agak lama kerana pihak kami perlu menguruskan pasport Tegar yang hilang.

"Selepas kejadian berkenaan Tegar tidak lagi mempunyai pengurus dan dia akan ditemani ayah atau ibu serta wakil syarikat rakamannya untuk menjalankan segala aktiviti seni," ujar wakil Tegar di Singapura, Ali Majid.




Sumber: Berita Harian Singapura



         ________________________




No comments: