02 April 2015

TAK MAMPU BAYAR DENDA - MAMAT (EXIST) DIHUKUM PENJARA



Gara-gara tidak mampu menjelaskan hukuman denda RM4,500 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Raub, Pahang, Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat harus merengkok selama lapan bulan dipenjara Bentong, Pahang setelah mengaku bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Terdahulu, dalam perbicaraan kes tersebut, Mamat disabitkan kesalahan kerana telah memasukkan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan pada 19 Disember 2013. Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff membuat keputusan itu selepas Mamat mengaku bersalah.





Bagaimanapun, Mamat yang diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah gagal membayar denda.

Untuk info, Mamat pada Januari lalu mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai RM15,000 selepas menyertai pertandingan akhir program Gegar Vaganza, terbitan Astro.

Namun kontroversi terus melandanya apabila Mamat didakwa ditangkap semula melibatkan kes dadah yang sama di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang, Selangor.





         ________________________




No comments: