02 April 2015

6 GAMBAR - AJAK SHIRO DEDAH RAHSIA CINTA



"Bersama kamu, ku jadi tahu, artinya waktu lebih berharga dari harta di dunia. Bersama kamu, ku rasa jauh lebih mengerti arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta," demikianlah kata-kata romantik Ajak Shiro terhadap isterinya yang pasti membuat ramai wanita cair. Heh.

Kata-kata romantik tersebut adalah sambungan daripada luahan Ajak terhadap pengorbanan isterinya yang banyak berkorban demi rumah tangga mereka. Ikhlasnya, memang tak ramai suami yang rajin memuji dan menghargai isteri seperti Ajak.

Klik gambar untuk size besar




Apa yang menarik, gambar terkini yang dikongsi oleh Ajak di Instagramnya sempena hari lahir isterinya baru-baru ini mendedahkan bahawa hubungan cinta mereka telah berputik sejak tingkatan 1 lagi.

"Selamat hari lahir Sayang semoga panjang umur dan murah rezeki Baba ucapkan, ingat tak kita kenal masa form 1, Baba cakap Baba nak kahwin dengan cikgu? gatal kan? Tapi tak sangka gurauan tu buatkan ibu jadi guru hari ni.. awak memang dari form 1 nak kahwin dengan baba eayy???" tambah Ajak dengan nada berseloroh.

Cayalah Ajak... dalam bakat berlawak, rupanya tersemat juga 'taman' di hati. Moga ikatan perkahwinan yang terjalin akan kekal hingga akhir hayat hendaknya. Amin.














         ________________________




No comments: