02 April 2015

4 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, SARIMAH IBRAHIM KINI 'ORANG ISTANA'



Sarimah Ibrahim, 37, kini menjadi orang istana apabila sah bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, (Tunku Jamie) sekitar jam 12.38 tengah hari tadi.

Dengan berwalikan bapa Sarimah, mereka telah dinikahkan oleh jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dengan hanya sekali lafaz .

Pihak lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran manakala bagi pihak perempuan pula berbalas dengan tujuh dulang hantaran. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.

Klik gambar untuk size besar




Majlis pernikahan yang bertemakan tradisional dan kemelayuan itu telah berlangsung di sebuah hotel di sini. Majlis itu telah dihadiri oleh ibu bapa Tunku Jamie, Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar serta Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

Untuk makluman, perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini kerana Sarimah pernah berkahwin pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008, manakala Tunku Jamie pula sudah berstatus duda tanpa anak ketika bertemu Sarimah.

Stay tuned... kami akan update gambar-gambar pernikahan mereka.









         ________________________




No comments: