Akhirnya segala teka-teki terjawab sudah apabila Zizan Razak mengumumkan yang dia bakal menikahi Gadis sekampung pada bulan Jun ini. Apa yang menarik, gadis tersebut baru dikenalinya dua bulan sahaja.
Dengan pengumuman itu, maka kisah cintanya dengan Emma Maembong boleh dikatakan kini 'tutup buku'. Tak ada jodoh... apa nak buat ya tak?
"Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.
"Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
"Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu," ujar Zizan yang turut dikaitkan dengan dakwaan pelawak kasanova baru-baru ini.
Difahamkan, Zizan akan pulang ke kampung untuk menguruskan urusan merisik dan meminang tidak lama lagi.
"Bakal isteri saya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik. Dia menghormati kedua ibu bapa saya membuatkan hati saya yang sedang terluka tertambat terus," tambahnya dengan nada berseloroh.
Cayalah Zizan! Heh.
Sumber: BPop
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment