15 April 2015

KOTAK SUIS TERBAKAR - M NASIR & MARLIA MUSA CEMAS



"Kebakaran hanya berlaku pada kotak suis di luar rumah saja. Mujur tak merebak ke dalam rumah," jelas Datin Marlia Musa mengenai kejadian yang berlaku di rumah mereka di Jalan Tembusu, Sungai Pelong, Sungai Buloh.

Akibat kejadian itu, Marlia dan suaminya, Datuk M Nasir masing-masing terpaksa membatalkan kehadiran di dua acara hiburan semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang semalam dipercayai berpunca daripada litar pintas dan ia berjaya dikawal dengan bantuan anggota bomba dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, keadaan terkawal," ujar Marlia dipetik sebagai berkata.

Menurut Marlia, sebelum kejadian berlaku, dia berada di dalam rumah, manakala suaminya di laman rumah.

"Suami ternampak kepulan asap dari kotak suis di luar rumah.

"Mujur hanya asap dan tiada percikan atau letupan. Api yang marak pada kotak suis itu dapat dipadam selepas anggota bomba datang dan kakitangan TNB turut membantu.

"Kami sudah minta juruteknik untuk periksa betul-betul kerana bimbang ia menjejaskan wayar lain pula," katanya.






         ________________________




No comments: