06 May 2015

5 GAMBAR - PERTEMUAN SITI NURHALIZA DENGAN ANAK MANGSA NAHAS LEBUHRAYA DUKE



"Hanya Allah SWT yang mengetahui perasaan saya ketika ini.. air mata saya cuba saya tahan supaya adik amira terus tersenyum.. saya taknak menangis di hadapannya.

"Semoga Allah SWT Sentiasa melindungimu adikmu sayang," begitulah luahan kesedihan Dato’ Siti Nurhaliza apabila bertemu dengan dua beradik, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa serta adik bongsu mereka dalam satu nahas di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE).

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, dalam pertemuan yang berlangsung di Batu Caves itu, Siti bersama suaminya meluangkan masa hampir satu jam bersama keluarga mangsa.

Kehadiran Siti telah menceriakan kedua-dua beradik tersebut dan Siti turut memberikan hadiah berupa persalinan pakaian, permainan dan anak patung kepada mereka. Tambah Siti, dua beradik berkenaan turut akan dibantu dari segi pendidikan melalui Yayasan Nurjiwa.











         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...