06 May 2015

FAHRIN AHMAD NIKAH SABTU - RAHSIA BAKAL ISTERI



"Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

"Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti," ujar Fahrin Ahmad membuka satu rahsia tetapi dalam masa yang sama merahsiakan calonnya.

Untuk makluman, dia akan bernikah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.





Fahrin berkata demikian ketika ditemui media dalam satu sidang akhbar pengumuman pernikahannya itu di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

"Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.



"Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

"Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya," tambah Fahrin dipetik sebagai berkata.

Tahniah diucapkan!



         ________________________




No comments: