05 May 2015

SAYA INGIN BAWA HUBUNGAN INI KE JINJANG PELAMIN - AIMAN HAKIM



Semua sedia maklum bahawa pasangan Aiman Hakim Ridza dan Fatia Latiff pernah putus cinta seketika sekitar bulan Februari lepas sebelum cinta itu berpaut semula.

Menurut Aiman, dia yang sudah dua tahun bercinta berharap hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin secepat mungkin.

"Insya-Allah, kami merancang untuk memulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri. Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Maka, saya serahkan kepada Allah SWT .

Klik gambar untuk size besar




"Sudah dua tahun kami bercinta, jadi sudah tiba waktunya kami memikirkan tentang halatuju yang lebih serius dalam perhubungan.

"Terus terang, kami tidak mempunyai banyak persamaan tetapi perbezaan yang ada itulah membuatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Satu perkara yang paling saya suka mengenai dirinya adalah dia tidak pernah meniru cara orang lain dalam segala hal malah sentiasa berfikiran terbuka," ujar Aiman dipetik sebagai berkata.






         ________________________




No comments: