24 May 2015

AKUI MANJAKAN ANAK - LINDA JASMINE TAK DEDAH GAJET PADA ANAK



"Sebenarnya memang saya manjakan mereka kerana mereka anak perempuan dan anak lelaki saya pula sudah besar," demikianlah kata Linda Jasmine, 42, isteri kepada Que Haidar yang mengakui memanjakan anak-anak terutama anak perempuannya.

Menurut Linda, dia sering memenuhi kehendak anak-anaknya kerana sudah lama memasang impian untuk memiliki anak perempuan dan ia juga menjadi faktor utama mereka dimanjakan.

"Sebelum kahwin dengan Que, impian saya memang mahukan anak perempuan, Alhamdulillah saya dikurniakan dua anak perempuan dan mungkin sebab itu, saya selalu memenuhi kehendak mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Dalam pada itu, Linda berkata yang dia tidak mendedahkan mereka dengan penggunaan gajet seperti telefon pintar atau komputer.

"Setakat ini untuk pengunaan gajet, saya tidak benarkan dan mereka juga tahu dengan peraturan yang saya buat terhadap mereka," jelasnya.

Untuk rekod, Linda dan Que berkahwin pada 4 Februari 2009 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua anak perempuan yang bernama Tengku Ratu Haidar, 5 dan Tengku Cleopatra Haidar, 3.

Linda sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Qalif Khan, 15, hasil perkahwinannya terdahulu.



































         ________________________




No comments: