25 May 2015

SAH FAILKAN PERCERAIAN - KES RAJA FARAH DIBICARA HARI INI



Meskipun gosip yang mengatakan rumah tangga Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, bermasalah dan retak di tengah jalan telah bertebaran sejak tahun lalu, namun awalnya ia tetap disangkal oleh pasangan ini.

Bagaimanapun, semalam Raja Farah akhirnya tampil menjelaskan bahawa rumah tangga yang dibina sejak 2010 itu kini bagaikan telor di hujung tanduk.

"Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok (hari ini)," ujarnya yang sudah memfailkan perceraian pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.





Menuruth Raja Farah, mereka sebenarnya sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu. Suaminya kini di Kelantan, manakala dia pula menetap di kediaman keluarganya di ibu kota.

"Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini," jelasnya lagi.



"Kami sudah lama hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima.

"Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan," tambahnya dipetik sebagai berkata melalui BH.


Foto Kredit: Raja Farah IG

         ________________________




No comments: