30 May 2015

AL-FATIHAH - IBU JOHAN AS'ARI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Datin Firdaus Abdul Kader, 58, ibu kepada Johan As'ari, 29, telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi IGnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah.

Klik gambar untuk size besar




"Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah," ujar Johan dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Johan memaklumkan ibunya diserang penyakit strok (angin ahmar) ketika sedang berehat di ruang tamu kediaman mereka di Subang Jaya.

Takziah diucapkan!



Foto: IG Johan As'ari
Sumber: BH



         ________________________




No comments: