29 May 2015

ISTERI HARITH ISKANDER KINI HAMIL ANAK KETIGA



Tahniah diucapkan buat pelawak stand-up popular, Harith Iskander apabila isterinya, Jezamine Lim disahkan mengandung anak ketiga.

"Kami tidak pernah merancang soal anak dan apabila diberitahu diri saya hamil, kami berdua teruja sangat.

"Sebenarnya ini kali pertama kami berkongsi perkara ini kepada orang luar. Kami tidak umum tentang berita kehamilan ini kerana sebelum ini kandungan saya mempunyai komplikasi.

Klik gambar untuk size besar




"Sepatutnya kandungan saya kembar, namun tak jadi sebab ada masalah. Jadi, saya lebih berjaga-jaga untuk kandungan ini dan Harith pun sudah macam polis bila berada di rumah," ujar Jezamine yang kini sedang hamil empat bulan setengah.

Untuk rekod, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga mereka pada 13 Jun 2010. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang anak yang bernama Zander Xayne Iskander, 3, (lelaki) dan Alessandrea Jayne Iskander, 20 bulan (perempuan).













Foto: IG Harith Iskander



         ________________________




No comments: